Want your
own Fotopage?














 
~Born to Make U Happy~



By: Ummi Haikal aka Suzi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Sunday, 30-Sep-2007 01:51 Email | Share | | Bookmark
It is true? Haikal looks like ayah...

Tak adil... tak adil ni... takpelah ummi tak terasa hati pon... ini cubaan kali kedua ummi buat, ummi get this result. 4% looks like ayah. Takpelah, janji haikal tahu ummi & ayah sayang sangat pada haikal. Kasih kami berdua tak pernah terbahagi dua. Semuanya yang kami buat @ lakukan demi untuk Haikal yang dikasihi.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Tue 25-Mar-2008 17:29
Posted by:mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
Looking for handbags & Shoes collection?? Please feel free to visit my online store http://www.freewebs.com/lauracollection there has many handbags (Louis Vuitton,Gucci,Chanel & Burberry) in GradeAAA++ quality Wed 30-Apr-2008 07:11
Posted by:Laura Handbags Collection
Hello mummyl,Want a cute, cool and nice collections for your little one? Here at Cheeky Kid Collection, we have gorgeous collections for u to buy. Happy buying ya...Cheers Tue 13-May-2008 17:19
Posted by:Cheeky mummy  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Sunday, 30-Sep-2007 00:31 Email | Share | | Bookmark
Berapa hari lagi nak raya?? 1 yr 9 mos (21 mos)

bujang senang
Dalam keghairahan menyambut bulan Syawal tak lama lagi... tahun ini terasa tidak seperti tahun sudah. Segalanya dipersiapkan dengan awal berbanding tahun ini. Belum lagi ada tanda-tanda mahu membeli apa yang patut. Cuma untuk Haikal, kami tak lupa. Tak perlu dibabitkan sama anak bujangku sorang tu. Dia tak mengerti apa-apa. Biarlah dia tahu setiap kedatangan syawal perlu dirai bagi menandakan kemenangan umat Islam dalam mengatasi pancaroba ketika berpuasa selama sebulan.

Heheheh... Haikal, seronok eh main bunga api. Tahun ni, Haikal memang terperanjat besar bila tengok bunga api. Terus berlari masuk rumah... tak berani tengok dedekat. Tapi lama kelamaan, dalam ketakutan timbul rasa berani dan rasa nak mencuba. Tapi takpelah, bunga api jenis yang tak banyak asap. Jadi Haikal boleh tengok dengan jarak dekat sedikit.

Sedikit perkembangan dan kemajuan Haikal setakat hari ini :

1. Dah pandai mengayuh basikal itik... yang ummi beli dari ummi sofiah & syameliana tak silap masa tu Haikal belum pun cecah umur setahun. Sekarang ni, kedepan kebelakang semua Haikal boleh...

2. Masih lagi belum petah bercakap... 'berat eh Haikal?'... cuma menunjukkan sedikit sebanyak kemajuan berbanding sebelum ini... kadang panggil ayah kadang panggil abah. Mostly terkeluar abah la...

3. Dah terror panjat kabinet tv ummi tu. Kalau ummi nampak, siap Haikal kena denda...

4. Bila tanya 'how Haikal sleep?' ... Haikal akan tunjuk gaya tidur dengan tangan di pipi gebu...

5. Tak mahu makan bersuap... orang dah besar... terror dah guna tangan... tapi kedua²nya Haikal guna...

6. Kalau time azan cepat suruh ummi atau ayah tukar channel... biasanya kalau tv3 kan keluar hadis atau firman kan... so tukar ke channel 1.

7. Kalau ummi ngaji... haikal pon ngaji juga... cumanya buku ntah apa² dan mulut keluar bahasa yang Haikal sorang je faham... gaya tetap ada... janji gaya tu yang penting ye Haikal...

8. Kalau ummi atau ayah marah... Haikal akan buat muka dan kening berkerut, agaknya tanda tak puas hati kot.

Care to comment?


Saturday, 15-Sep-2007 22:20 Email | Share | | Bookmark
Langkawi ~ 28th - 30th Aug 2007 :. 1 yr 8 mos

flight to Langkawi...
ummi+haikal...
@ awana porto malai
View all 28 photos...
Harap maaf la semua... ummi Haikal lama dah tak update fotopages ini...

Pada 28 - 30 Ogos yang lalu, kita sekeluarga telah pergi ke Langkawi seperti yang dijadualkan.. Lama dah tunggu nak ke sana.. akhirnya masa tu sampai juga. Seronok sangat dapat ke Langkawi. Ini kira percutian honeymoon untuk ummi & ayah. Ayah dah pun tunaikan janji nak bawa ummi & haikal melancong bila Haikal dah dapat kaki. Seawal bulan Februari ummi dah tempah pakej air asia. Selama itulah juga, berbagai-bagai kejadian berlaku. Sebab tempoh dari tempah ticket hingga masa nak bertolak tu satu tempoh yang agak lama la juga. Memang indah di bumi mahsuri... insyallah kami akan ke sana lagi.

Itinerary di Pulau Langkawi

28 Ogos 2007
Flight dijadualkan pada 1020 pagi... alhamdulillah flight tak delay. Cuma ketika berlepas flight kami jatuh tempat ke-5. Untuk ke LCCT kami pilih skybus ke sana... dalam masa satu jam perjalanan akhirnya kami sampai di LCCT dan terus ke kaunter check in. Memang ramai sangat orang waktu tu... Haikal pun okey je dalam flight, cuma waktu nak berlepas tu Haikal mengeraskan dirinya. Inilah pengalaman kali pertama bagi Haikal & hubby. Setibanya kami di Langkawi... pada pukul 1120 pagi...cuaca ketika itu masih elok dan cantik... pemandangan sekitar bumi Mahsuri memang sangat cantik. Kami ambil kereta sewa di airport juga. Hanya RM130 sahaja untuk kereta iswara (model baru) selama 3 hari. Kami ambil keputusan untuk isi perut yang kosong... dan round kat kawasan sekitar pantai cenang. Kami pun terus check in di Awana Porto Malai. Malam pula kami makan di restoran Hj Ramli. Harga memang berpatutan, hubby berjaya habiskan seekor ikan siakap masak 3 rasa. Ummi Haikal memang tak berapa makan... sebab risaukan Haikal yang sibuk berlari sana sini. Maklumlah ada tukang layan. Lepas makan kononnya nak tengok pekan kuah. Tapi kami sampai sekerat jalan je... cuma sampai kat kem TLDM tu je. Balik terus tidur...

29 Ogos 2007
Inilah hari untuk shopping sepuas hati... lepas sahaja menikmati breakfast yang sedap, kami terus je ke pekan kuah. Pasal map tak payah risau... senang je dapat map free kat sana. Dari Awana nak ke pekan kuah... mengambil masa 15 - 20 minit sahaja. Dalam perjalanan nak ke sana... memang terpegun dengan keindahan alam yang Allah ciptakan. Memula shopping coklat kat Zeno yang berhadapan dengan Hj Ismail Group tu. Lepas tu tengok set dinner kat Hj Ismail Group takde yang berkenan pula. Terus pula nak ke Jeti Pekan Kuah. Kat shopping complex tu pon ade satu lagi Hj Ismail Group. Kali ini senang nak tengok barang... tak macam kedai tadi. Nampak serabut sikit. Memula beli cap untuk Haikal… memang dah lama nak cari cap untuk gantikan poney cap yang makin tak muat tu. Lagipun nak buat sebagai kenangan. Rasa happy sangat sebab memang muat untuk dia. Pilih punya pilih berkenan sangat tea set ala-ala English style… memang cantik sangat dipandangan mata. Tapi bila suruh diorang ambil set tu… diorang kata dah habis stock… tapi ada lagi satu set… kali ni sangat-sangat cantik. Ada masalah lain pula… kalau boleh Suzi nak tambah dinner plate untuk tea set tu… maknanya boleh pakai untuk dinner sekali. Malangnya… takde pulak. Terpaksa suzi tengok sahajalah tea set yang cantik tu. Cuma ambil satu dinner set yang lain untuk pengubat hati.

Pastu pergi jalan² kat jetty… bagi Haikal tengok ferry. Pastu terjumpa kawan arwah abah.. Uncle S. Vellu, dia dah 2 tahun lebih transfer ke Langkawi. Dia pun dah sedia tahu yang arwah abah takde lagi. Dia sempat bercerita tentang kedai payung depan rumah mak Suzi. Pastu dia cerita… kat Langkawi nak tinggalkan kereta tak berkunci pun tak risau. Takde siapa nak ambil… kalau curi pun kejap je dah dapat tangkap… nak lari mana. Pusing-pusing kat situ juga.

Keluar je dari situ… kononnya nak pergi Idaman Suri.. tapi nampak signboard ‘Pantai Beringin’... singgah kat situ jap... cantik juga… dalam perjalanan ke sana… nampak monyet tengah bermesyuarat. Pastu kami teruskan perjalanan ke Idaman Suri... tapi sebelum terjumpa satu kedai makan untuk isi perut tengahari tu. Bila sampai di Idaman Suri... banyak pilihan. Memang berkenan ada satu set jenis bunga kecik²… grab satu set lagi.

Dah habis shopping… ingat nak pi tempat² menarik sekitar Langkawi. Jumpa Bird Paradise… kali ni… Haikal la paling happy… ada seekor memerang called Manja, macam berkenan sangat dengan Haikal. Bila dia nampak saja Haikal… terus dia keluar dari kolam dan jerit² depan Haikal. Haikal pun apa lagi... melompat sakan. Nak diberinya cap dia pada memerang tu. Kitorang pun happy juga... sebab banyak burung yang cantik... selain burung... ade juga buaya… ular… dan binatang lain. Jadi kami pun berkeputusan tak perlu la ke Taman Buaya.

Kami berkejaran pula ke Cable Car… ini memang impian Suzi nak naik kat sana. Ramai cakap lebih takut berbanding cable car di Genting. Tanya dengan orang kat sana… cable car tutup pukul 6 petang. Jadi berkejaran la kami ke sana… tapi sampai di sana… cable car ditutup kerana cuaca di atas tak begitu baik. Rasa tak puas hati sangat… sebab macam tak sah kalau ke Langkawi tak naik cable car. Hubby pun pujuk esok sahaja la kami pergi lagi.

Terus balik… lalu kat airport… tengok plane mendarat. Jalan² kat pantai cenang dulu. This is the first time Haikal tengok laut… main ombak… main pasir. Habis kepala dia sebab bila dia ambil pasir tu.. dia akan sapu kat rambut dia. Ntah kenapa dia buat macam tu. Jadi kami pun terus buka baju... diapers dia... dia pun happy sangat main ombak.

Malam tu... kitorang makan kat restaurant ntah apa kenamanya. Restaurant tu on the way ke Pekan Kuah. Tidur pun awal juga malam tu… sebab penat round pulau langkawi hari tu…

30 Ogos 2007
Seperti semalam... siap sedia untuk breakfast tapi kali ni... kami akan check out terus, rasa sayangnya nak tinggalkan Awana. Pagi tu... Suzi brekafast nasi lemak. Tempat pertama yang kami nak tuju ialah Makam Mahsuri. Mana boleh tak menziarah makam mahsuri kan? Bila dah masuk kawasan makamnya… bau harum sangat. Sedangkan pokok bunga melur tidaklah banyak mana. Harumnya buat kita segar dan rasa simpati dengan apa yang terjadi dalam hidup mahsuri. Itu juga agaknya tanda yang Mahsuri ini seorang yang suci. Masuk ke muzium tengok video tu rasa macam sebak. Sampai hati dia dianiaya dan difitnah.

Seterusnya kami ke cable car. Bila call kat sana... mereka beroperasi. Alhamdulillah… apa lagi, seronok sangat. Memang cantik sangat pemandangan dari atas gunung mat cincang. Nampak sekitar pulau langkawi yang memang cantik tu. Nampak hijau je… panas pun tak terasa sebab angin agak kuat. Masa dalam gondola… kuat juga angin… tapi tak dihiraukan sebab sibuk snap gambar sana sini. Nampak air terjun… telaga tujuh… terpegun dengan keindahan ciptaan Allah. Besarnya kuasa PenciptaNya… insaf melihatkan kejadian ini. Tak lepaskan peluang pergi jambatan gantung tu. Rasa bergegar juga eh bila berada di tengah² tu. Nak berjalan ke jambatan gantung tu... kena kuat semangat betul... nak balik ke atas tu lagi kena kuat semangat memanjat tangga.

Setelah puas di atas gunung mat cincang... kami nak round Langkawi sekali lagi... ketika itulah dapat sms dari air asia mengatakan flight delay ke pukul 1025 mlm yang sepatutnya dijadualkan pada 0815mlm. Hehe... ada lebih masa lagi di Langkawi. Tak sampai setengah jam... dapat pulak sms lagi sekali dari air asia... sekali lagi flight retimed to 1120mlm. Huhu.. lagi lewat daripada yang dijadualkan. Dalam kepala dok berfikir… apa nak buat sambil tunggu waktu check in ni.

Kami pergi melawat kawasan beras terbakar. Tapi sebelum nak ke sana… ada banyak gerai atau kedai untuk mencuci mata. Ingat nak belikan kain batik untuk my mother in law. Tapi hubby pula kata tak perlu. Raya ni dia nak belikan special untuk mak dia. Apa mende la tu… tapi orang tua ni suka sangat kain batik.. nak lagi kalau tahu kita pergi Langkawi... Diorang mesti nak kirim kain batik punya. Suzi pun terpaksa lupakan jelah hasrat tu. Suzi pun nak belikan untuk diri sendiri... tak reti pula berkain batik. Sampai di kawasan beras terbakar tu… erm sikit sangat beras tu… tak banyak mana pun. Kawasan tu pun semak dan seperti tak dipelihara. Lagipun cuaca ketika itu amat panas terik.

Petang tu... hubby & haikal pi mandi laut kat pantai cenang. Malam sebelum tu, hubby ajak pergi snorkeling tapi suzi yang dalam keadaan uzur agak susah sikit nak join. Jadi, hubby kata lain kali ajelah. Dia pun lepaskan perasaan ajak Haikal pi mandi laut. Lama juga sampai ngantuk tengok diorang mandi. Jealous pun ada…

Kira² pukul 9 malam kami pun lepak di Airport sahajalah... memandangkan Haikal pun dah tidur kepenatan dek mandi laut petang tadi. Memang dia tidur nyenyak tak sedar langsung... Hubby pula dah dapat kawan... dia pon borak sakan. Kami sambut merdeka dalam flight… kenangan maniskan… nampak bunga api di putrajaya… meriah suasana kawasan sekitar. Beli tiket skybus from stewardess je. Bila dah sampai terus ambil beg dan naik bus… tidur sampai ke KL sentral. Kawan hubby pun amik. Sampai rumah pukul 3 pagi… lepak pula minum kat kedai makan kat bawah rumah.

Manisnya kenangan di Langkawi. Insyallah… kami akan ke sana lagi.

Untungnya Suzi dpt bau wangi kat Makam Mahsuri tu...masa Fin pegi tak dpt bau pun...tp mak Fin pegi bln mac hr tu mak dpt bau...mak ckp mmg wangi sgt2...org sana ckp org yg bertuah jer dpt bau...nampaknya bukan rezeki kitorg lah hr tu.

Fin pun puas hati dpt pegi Langkawi...Fin stay kat area pantai chenang gak...5hari 4mlm tu pun rasa tak cukup...insyaAllah ada rezeki bleh pegi lagi kan
Mon 17-Sep-2007 00:19
Posted by:fynn fynnaz@yahoo.com
teruja nye bila baca entry haikal kali ni....ni yg buat aunty teringin giler nak g langkawi ni Mon 17-Sep-2007 01:35
Posted by:anis  - [Link]
wah..suzi dah sampai langkawi yer...
bestnye..
Wed 26-Sep-2007 01:59
Posted by:ninarizwina  - [Link]
Add comment


Wednesday, 15-Aug-2007 16:33 Email | Share | | Bookmark
Ayah Haikal @ Lourdes Hospital

masih mampu tersenyum...
seronok kot duduk hospital...
boleh tengok tv...
View all 6 photos...
Ummi sememangnya umpama phobia untuk ke hospital lagi... ummi rasakan hospital bukan sahaja tempat gembira di mana... ramai bayi dilahirkan di sana... tapi ada juga tempat berduka... memberikan memori yang sedih bagi yang pernah merasakannya. Jadi ketika mendengarkan perkhabaran ayah Haikal perlu di tahan di wad. Air mata ummi menitis laju.

Kronologi

6 Ogos 2007
Ayah Haikal berkerja shift malam pada malam tersebut... sebelum pergi kerja ayah haikal mengadu sakit kepala yang ama sangat.

7 Ogos 2007
Pagi selepas selesai kerja... ayah duduk lepak tepi pagar... memang kawasan tersebut banyak nyamuk ketika subuh.

8 Ogos 2007
Ayah Haikal mengadu lesu yang amat. Seperti mahu demam katanya. Pergi ke klinik.

10 Ogos 2007
Buat ujian darah... tapi perlu dibuat sekali lagi kerana bagi mahu memastikan dan mengesahkan bahawa ayah positif denggi

11 Ogos 2007
Pagi setelah selesai bersarapan ayah pun sekali lagi ke hospital Lourdes, jalan Ipoh untuk buat ujian darah. Sebelah petang mahu ke majlis harijadiQistina&Co. tapi kereta pula breakdown. Terpaksa berpatah balik ke rumah dengan menaiki teksi. Selepas Maghrib, dapat panggilan dari hospital yang mengesahkan ayah benar² positif denggi. Jika ayah tak tahan, boleh warded malam tu juga.. tapi kalau rasa tahan esok pagi sahaja.

12 Ogos 2007
Setelah bersarapan... ayah 'menyerahkan diri' ke hospital... selama 4 hari di sana...

15 Ogos 2007
dan pada hari ini.. ayah telah dibenarkan keluar... alhamdulillah.. selama di sana, hampir berbelas botol telah dimasukkan ke dalam saluran darah. Tapi selain itu, doktor telah membuat ujian xray untuk memastikan tiada sebarang masalah. Cuma, keputusan ujian jelas menunjukkan ada 'parut' pada paru² sebelah kiri. Mungkin pernah berlaku virus infection di situ. Doktor memberikan lagi 2 minggu untuk di periksa kembali. Jika masih ada, ujian CT scan pula akan dijalankan.

Selama itu jugalah, ummi & haikal berkampung dirumah nenek. Memandangkan perjalanan dari rumah nenek ke hospital lebih dekat jika mahu dibandingkan dari rumah kita. Sementara ummi ke hospital, haikal di jaga oleh nenek & makcik Haikal. Terima kasih pada kawan² yang turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayah Haikal.

hai..haikall...jgn nakal2...tauuu Wed 5-Sep-2007 05:50
Posted by:mama afif ziqry  - [Link]
U're invited Mr. Haikal! Fri 7-Sep-2007 05:08
Posted by:Mommy Daniel & Dania:Raz tascha1106@yahoo.co.uk  - [Link]
Salam Ramadhan untuk Suzi sekeluarga
Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita...
Wed 12-Sep-2007 07:44
Posted by:Mama Haris Hakimi@Along ayunie1402@yahoo.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 15-Aug-2007 16:15 Email | Share | | Bookmark
Sofa buat Haikal ~ 1yr 7 mos 1 week

amacam...
empuk eh...
macam orang besar je...
View all 7 photos...
tengok ajelah aksi anak bujang ummi ni.. tak reti duduk diam.. memang suka panjat memanjat. Sekarang ni, dah lambat tidur malam... puas ummi tunggu, bila agaknya Haikal nak ajak ummi masuk tidur. Tapi ummi memang surrender... ummi penat dah mata nak tengok kelakuan haikal. Dalam rumah pun sekarang ni dah tak mahu berjalan. Dia akan sentiasa berlari... seriau ummi tengok haikal yang suka lari sana sini.

Sofa ni ummi memang niat nak belikan untuk Haikal. Sebab pernah pergi rumah sepupu ummi @ S'pore, Haikal memang suka duduk atasnya dan tak mahu bangun. Menyusu pun nak baring atas sofa kecil tu. Jadi, bila dah secara tak tersengaja terpandang & terlihat... ummi pun tunjukkan pada ayah. Ayah pula terus ambil... niat cuma nak beli dining table... tapi ada juga terbeli barang lain.

Ummi pula sekarang ni macam tengah menggila menghias rumah. Yelah umpama... monyet dapat bunga. Eh boleh guna pakai ke peribahasa ni untuk ummi. Ayah pun menyokong sahaja apa yang ummi berkenan bagi menambahkan koleksi barang rumah. Nanti kalau dapat duit lebih sikit, ingat nak juga cuci mata kat ikea.

>> comel... Wed 15-Aug-2007 16:37
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
cujie...suka lah krusi tu. kalau beli utk amir sure dia suka Thu 16-Aug-2007 10:00
Posted by:eiseai
Cantik-2 gambar


more editing and
update at :-
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Tue 21-Aug-2007 07:12
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
Add comment


Wednesday, 15-Aug-2007 15:38 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Tahlil~100 days @ 290707

wif makcik...
@ KL sentral
gotong royong...
View all 13 photos...
Sekali lagi Haikal balik Sungai Nerek, Temerloh, Pahang... kali ni untuk kenduri tahlil untuk arwah tok aki yang ke-100 hari pemergian arwah tok aki pulang ke rahmatullah. Selain itu, pada hari tersebut juga, nisan dan batu diletakkan di kubur tok aki. Ummi dan Cik Lin sempat sedekahkan yassin untuk arwah. Suasana pilu masih lagi terasa... masa terlalu pantas berlalu pergi... tanpa sedar sudah 100 hari arwah meninggalkan kita. Tapi bahangnya masih lagi terasa... setiap kali balik ke rumah nenek... seakan² terbayang susuk tubuhnya.

Ayah Haikal tak ikut sama kali ni. Ayah kena kerja sabtu & ahad... jadi kita ikut nenek balik. Uncle Nizam yang drive... balik lepas solat zuhur... dalam perjalanan di karak, hujan turun dengan lebatnya. Mata ummi yang mengantuk hilang terus... ummi pun jadi penunjuk arah.. memadangkan ummi yang duduk depan... sampaikan jalan pun tak nampak... itu yang risau tu.

Majlis kenduri tahlil berjalan lanjar... ramai orang kampung datang bergotong royong bersama menyiapkan hidangan untuk makan tengahari pada hari ahad. Bila dah gotong royong ni semua kerja jadi mudah... Haikal pula, dari tengahari sampai petang tidur. Nyenyak tidur dalam buai makcik syamira... sampaikan makcik syamira dok merengek nak buai... selesai sahaja kenduri... kita bersiap ke kubur... paksu dah siapkan nisan dan batu untuk diletakkan di atas kubur.

Setelah itu, kami juga singgah sedekahkan al-fatihah untuk arwah tok aki (noyang haikal)... dan kami juga terkejut... berlambak durian disekeliling kawasan tu. Memang kubur arwah noyang Haikal dekat sahaja dengan pokok durian... mungkin arwah seorang penggemar durian.. jadi, kubur pun dekat durian nenek noyang Haikal yang cakap. Nenek Haikal... pula nampak pokok manggis dengan buahnya yang banyak... apa lagi macam pergi dusun pula rasanya. Siap bawa balik lagi... Tapi ummi tak lalu pun nak menjamah buah yang ada... tak tertelan rasanya...

Care to comment?


Wednesday, 15-Aug-2007 13:48 Email | Share | | Bookmark
Officially Removed~220707

ada gaya tak?
anak ummi ni getik ar...
dok relaks tengok tv...
View all 6 photos...
Alhamdulillah... kami sudah berpindah ke kediaman kami pada 22 Julai 2007 yang lalu. Memang penat sangat pindah nie kan... penatnya masih terasa hingga sekarang. Rasa macam dah serik nak pindah. Tapi mujur kawan² hubby, pakcik haikal & kawan² diorang datang sama membantu mengangkut. Rumah kami tidaklah sebesar mana... tambah lagi tinggi nun di atas... rumah atas angin... tapi rasa puas hati sebab dapat duduk dirumah sendiri atas titik peluh sendiri.

Alamat rumah kami :-
A3-11, Blok A, Jalan 12,
Medan Maju Jaya,
46200 Petaling Jaya
Selangor

Insyallah... kalau ada rezeki lebih mungkin cari rumah atas tanah pulakan... senang nanti anak cucu nak datang. heheh... Haikal pun nampak happy juga... masa proses memindahkan barang Haikal pun turut 'sibuk' sama. Sejak pandai berlari dan melompat ni, makin lincah lagi... hari² kalau balik kerja tu... hilang penat tengok keletah dia. Kadang tu kalau dia buat perangai... hilang sabar juga dibuatnya. Tapi ummi tetap layan Haikal dengan kasih sayang ummi. Ummi tahu... Haikal memang sahaja menguji kesabaran ummi kan... maklumlah seharian duduk dengan bbsitter...

Sebut tentang bbsitter ni... Haikal sekarang dapat bbsitter baru lagi... haikal panggil Nek Wan... kali ni lebih berusia jika nak dibandingkan dengan bekas bbsitter yang pernah menjaga Haikal...

p/s: sekarang ni, fp dah kena blocked kat office ummi... jadi ummi akan update fotopages haikal jika ada masa lapang...IT dept memang dengki...

dah lama tak tgk haikal...bile nk jumpe ni??? Wed 15-Aug-2007 23:42
Posted by:ninarizwina  - [Link]
Add comment


Monday, 16-Jul-2007 16:36 Email | Share | | Bookmark
durian oh durian ~ batu kurau, tepeng...

longgokkan durian...
siap untuk dijual...
hitam² sitampuk manggis...
View all 15 photos...
Selepas turun dari Genting... kita terus sahaja menuju ke kampung ayah. Ikut jalan lama ntah memana ntah.. sebab ummi tertidur... tau aje dah sampai pekan rawang, tak lama lepas tu masuk highway. Ummi rasa penat sangat... memang tak larat nak buka mata. Ayah pula sampai tampar pipi sebab tak tahan mengantuk. Akhir kita berhenti di R&R Tapah untuk segarkan mata dan sekali gus untuk menunaikan solat maghrib di sana...

Lebih kurang 9.45 mlm kita tiba di halaman rumah tok wan... dan mereka pun sedang menanti kita sampai. Habislah Haikal digomol oleh maksu... tok wan & opah. Tak lama kita sampai... kakak ayah pon ada call... mereka juga dalam perjalanan menuju ke rumah tok wan. Dalam pukul 11 lebih macam tu Fathnin&co. pun sampai juga. Ummi... dah siap dah makan durian... heheh... memalam makan durian. Cannot wait la...

Besok pagi... ummi sekali lagi menghadap durian... pendek kata... memang durian pagi, petang, siang & malam... always durian. Heee... durian cuma setahun sekali babe. Haikal plak... sentiasa la minta kalau ummi tengah makan durian... tapi adalah sesuap dua makan... pastu terus nak main. Opah... buat cucur durian... best sangat. Selama 4 hari di sana... ummi memang puas dah makan durian. Lagi satu, opah siap bekalkan jem manggis.. buatan sendiri... erm sedap sangat.

Kalau sebut cucur durian... ada satu cerita lucu yang ummi nak kongsi ni. Dalam tahun lepas rasanya, pak teh haikal bawa buah durian... ayah minta ummi buatkan. Cewahhh... demi ayah ummi pun buat la... nak tahu ummi buat macamana... ayah beli tepung... ummi pun bancuhla... sampai satu part tu... ummi pon masukkan durian... SEULAS DEMI SEULAS... sebelum itu, ayah tanya... mana duriannya... ummi pon katalah 'alah pegi la duduk kat depan... nanti siapla...' ummi goreng macam cempedak goreng gitu... ayah gelak sakan kat ummi. Ummi memang tak fikir panjang pun nak buat cucur durian... jadilah resepi DURIAN GORENG...





ini Haikal... baru bangun tidur... waktu ini Haikal dengan ummi je ada di rumah opah... lelain semua pi kebun.. pi bukit kutip durian.



ummi suka sangat tengok gambar ni... happy sangat...






sedapnye buah durian...nyum..nyum...ada yang patah tangan plak dalam hepy2 tu...panjat pokok manggis ke dik...apa pun..seronok sangat klu ada dusun buah-buahan kan....salam perkenalan.. Tue 7-Aug-2007 01:49
Posted by:puterisatu.fotopages.com  - [Link]
waa.... sedapnyer manggis! deroyan tu kalo buat tmpoyak lggggggg sedapsss!!!! apsal haikal tinggal? cian dier x dpt p kebun ... huhuhuh Thu 9-Aug-2007 00:10
Posted by:dellania  - [Link]
sedapnya buah-buahan tempatan ni. mesti haikal kenyang makan buah ni kan. Thu 9-Aug-2007 04:54
Posted by:ibu aina  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Thursday, 12-Jul-2007 08:52 Email | Share | | Bookmark
Genting Highlands ~ 070707...nice date huh! 1yr 6 mos 2 weeks

merry go round...
asyik tengok kereta...
lunch time...
View all 22 photos...
Happy hour at Genting Theme Park... here we go again!

Kiranya dah 3 tahun berturut² family day company ayah buat di Genting... masa 1st year ummi kiranya sarat marat mengandungkan Haikal... dan tahun kedua masa tu Haikal dalam 11 mos kita ke sana. Dan kali ini sekali lagi... tapi this time tak berapa enjoy... suasana pun panas, dan kita luangkan sedikit sahaja masa sebab around pukul 5 petang kita bertolak ke Taiping, Perak. Heheh... itu cerita entry lain la.

Ummi ingat ummi dapat la naik space shot @ solero shot tu... tapi ramainya orang beratur. Sesekali lepaskan tension apa salahnya. Haikal... masa indoor theme park berkenan sangat nak naik yang kereta pusing² tu depan kaunter beli tiket. Tapi Haikal masih belum layak lagi nak duduk dalam tu. Ummi ajak Haikal naik kuda ajelah. Selepas naik kuda tu terus masuk tengok fly show... tapi show tahun ni tak berapa best kalau nak dibandingkan mysteria show. Costume pun tak secantik tahun lepas. Kita keluar awal sebab nak booked tempat makan kat cafe first world hotel. Makan sampai kenyang baru la kita berfoya sakan kat outdoor. Angin kuat juga... tapi panas. Kabus sesekali je menerpa...

Dalam pukul 5 petang kita pun turun dari Genting terus menuju ke Taiping, Perak. So, kita tunggu tahun depan punya family day... kemana la pula...





Wah sonotnyer pergi GH...sakan ummi naik spinner...Haikal tak join ker..? Yg gambar berdua tu sapa tangkap...Haikal ker..? Wakakakah Mon 16-Jul-2007 22:02
Posted by:sabrina@mamaAdam  - [Link]
Suzi..syoknya...akhirnya naik jugak Genting tu...
suka tgk gambar Haikal & bunga2 tu semua...so nice!
Tue 17-Jul-2007 07:15
Posted by:Erin @ Ibu Nur Marsya Qistina  - [Link]
cujie...best kan pegi genting. kitorg pun baru pegi this year...macam best je Tue 24-Jul-2007 06:42
Posted by:eiseai
View all 6 comments Add comment


Thursday, 12-Jul-2007 02:25 Email | Share | | Bookmark
Sudah kena tagged da...

Ahmad Haikal
tagged by yus

My name is Ahmad Haikal bin Khairull Nizam...

Nama ni adalah pemberian dari arwah tok aki Haikal... ummi & ayah memberi penghargaan dan penghormatan buat tok aki meletakkan nama cucu sulongnya. Nama 'Ahmad' tu diambil sempena nama arwah tok noyang iaitu bapa kepada nenek haikal. 'Haikal' pula dipilih secara rawak... dek mak ucu Haikal dok sebut je. Jadi macam sedap pula... jadi terciptalah nama 'Ahmad Haikal'... Ummi & ayah pun memang bercadang letak ahmad @ muhammad... sempena nama nabi kita.

Ahmad ~ Most highly adored
Haikal ~ Tale

kiranya kalau didefinasikan nama Haikal... 'cerita terpuji'... insyallah mana tahu suatu hari nanti menjadi satu lagenda ke. Ummi sentiasa doakan yang terbaik buat Haikal...

so check it out siapa yang kena lepas ni...

1. danish & isyraf
2. Qistina
3. Arif
4. Aiman
5. Ayuni

REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s). QUANTITY: 5 people
TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc

ala..suzi..zam dah jawab la sblm nih
ni link nye

http://nzh1979.fotopages.com/?entry=1217549
Thu 12-Jul-2007 06:39
Posted by:zam mama ARIF nzh1979@gmail.com  - [Link]
kena tag yer...me too...
need to more about my princess
jom singgah my fp yer....
Fri 13-Jul-2007 02:56
Posted by:mama eirdyna vivi_erna@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.